Sunday, January 25, 2015

PROJEK SUKA-SUKA: SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERKIRIMKAN

Sinaganaga Lan Benhussain
22 January at 00:09 · Edited ·

Studio Anai-Anai menganjurkan sebuah projek suka-suka untuk diterbitkan sebagai sebuah buku berjudul SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERKIRIMKAN.

Kamu boleh mereka-reka sebuah warkah yang kelakar kepada kekasih kamu atau sebuah warkah yang mendesah-desah penuh sedu sedan atau warkah cinta tak kesampaian, atau... jika kamu pernah syok kepada seseorang tetapi tidak pernah dapat peluang untuk menyatakannya - nah! inilah peluang kamu untuk berbuat demikian.

Tuliskan sebuah warkah cinta. Emelkan kepada Jimi di jimimahmud@gmail.com dan pada ruang Perkara, tuliskan SURAT CINTA

Warkah cinta yang menarik perhatian kami - akan kami masukan ke dalam antologi ini. Kami mungkin tak ada duit nak bayar royalti kepada kamu tetapi kalau jadi buku ni nanti - kami akan hantar dua naskhah kepada kamu. Mungkin, 1 naskhah kamu simpan, dan 1 naskhah kamu berikan kepada pujaan hati.

Untuk setiap warkah cinta yang kamu hantarkan kepada Jimi - sertakan sekali 1. Nama kamu, 2. Nama Pena kamu, 3. Nombor telefon, 4. Alamat surat-menyurat.

Selamat menulis warkah-warkah cinta kamu. Nah! Kami tak sabar nak tunggu dan baca.

THE BRAIN OF STUDIO ANAI-ANAI

P/s: kepanjangan surat - 1 atau 2 helai A4. Times New Roman, font 12 pt. File - tolong save dlm words97 ya!

FB: SINANGANGAGA LAN BENHUSSAIN Sekiranya ingin mengetahui info lebih lanjut.

Selamat Berkarya!


Sunday, January 11, 2015

RINDUKU BERBISIK -[BAB 1]-



-BAB 1-

Ainun Khumaira menolak troli yang berisi penuh dengan beg. Matanya meliar memandang keadaan ketibaan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu yang dipenuhi dengan orang ramai. Selama tujuh tahun dia berada di luar negara baru kini dia menjejakkan kaki ke negeri kelahirannya.

Ainun Khumaira mengukir senyuman manis ke arah wanita yang boleh dipanggil nenek. Nenek itu mengangguk. Seorang lelaki melemparkan senyuman kepadanya tatkala mata mereka berdua bertembung. Ainun Khumaira membalasnya dengan rasa ikhlas di hati.

Gatal!!! Guman Ainun Khumaira di dalam hati sebaik saja lelaki itu mengenyitkan mata. Semakin laju dia menolak troli menuju ke pintu ketibaan. Matanya ke kiri dan kanan mencari orang yang akan menjemputnya. Ayahnya awal lagi memberitahu ada mesyuarat penting dan seseorang akan menjemput. Ainun Khumaira mengomel, “Sudah bertahun aku tidak balik pun, ayah tetap sibuk dengan kerja-kerjanya. Nampak sangat aku ni tidak penting .”

Seorang lelaki menghampiri Ainun Khumaira lalu menegur, “Cik Ainun....” Ainun Khumaira memandang pemuda yang lengkap memakai kemeja berwarna putih dan berseluar hitam persis seperti pakaiaan seorang pemandu. Handsome macam ni kerja jadi drebar? Raut wajah lelaki itu memang boleh tahan dan kulit hitam manis. Orang lelaki kalau gelap sedikit menawan juga sekiranya di pandang, asal jangan hitam legam sudahlah.

Pemuda itu tersengih apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan.. Gadis itu lebih cantik daripada di dalam gambar yang pernah dilihatnya di atas meja majikannya. Nampak ranggi dengan jaket dan seluar kulit yang dipakai. Dia terpaku melihat anak mata kebiruan milik Ainun Khumaira.

“Cik Ainun, boleh saya tolong?” Lelaki itu bersuara. Ainun tersipu malu apabila disergah. Ketara sangatkah dia memerhatikan lelaki itu? Ainun melarikan pandangan dengan pantas. Bertuah Ainun hari ini kerana ada jejaka tampan membukakan pintu.

“Sudah lama bawa kereta?” soal Ainun mencari-cari ayat yang tidak mengecilkan hati pemandu ayahnya. Dia kagum melihat orang muda yang tidak malu menjadi pemandu. Pertanyaan Ainun dibiarkan saja.

Sunyi seketika Ainun bertanya lagi, “Apa nama?”

“Kamil....”

“Pendeknya nama?” Ucap Ainun tidak percaya.

“Azad Kamil....” Azad Kamil tersenyum.

“Jarang ada orang muda seperti kamu ni bekerja sebagai pemandu.” Ainun memandang cermin hadapan. Dia melihat Azad Kamil tersenyum simpul.

Perkataan ‘orang muda’ yang diucapkan sebentar tadi oleh anak majikannya mencuit hati Azad Kamil. Nasib baiklah raut wajah minah salleh celup kalau muka Melayu asli memang dia ketawa tanpa kawalan. Dia mendongak melihat cermin hadapan dan mata mereka berdua bertembung.

“Itu orang lain cik. Orang macam saya ni sudah memadailah kalau dapat kerja halal. Lagipun saya bukan belajar tinggi macam cik.”

Berbulu telinga Ainun apabila Azad Kamil asyik memanggilnya ‘cik’. Dia pun berkata, “Panggil saja Maira. Mudah, senang dan nama itulah yang orang gunakan memanggil saya.” Ainun Khumaira mengambil cermin mata hitam dari beg tangan lalu memakai. Sinaran matahari yang menerebos masuk membuatkan pandangan mata Ainun Khumaira menjadi silau. Ainun menekapkan tangannya ke pipi dan merasakan bahang panas di pipi.

“Kalau macam tu saya panggil Azad. Kamil macam pelik untuk disebut.” Ucap Ainun Khumaira perlahan tapi masih boleh didengari. Jantung Azad Kamil berdegup kencang apabila mendengar alunan suara Ainun Khumaira yang merdu itu. Apa-apalah Ainun Khumaira hendak panggil namanya. Panggil sayang juga boleh.


**********

Merenung ke luar, Ainun Khumaira terpesona melihat keindahan tempat kelahirannya yang banyak berubah. Sepanjang Jalan Pantai telah dihujani bangunan konkrit yang tumbuh bagaikan cendawan.

Tiba-tiba suara Ainun Khumaira memecah kesunyian,”Cantiknya....”

Mendengarkan suara yang lunak itu Azad Kamil bertanyakan soalan, “Apa yang cantik itu?” Memang cantik pun Ainun Khumaira. Itulah lama sangat berada di luar negara hinggakan perubahan yang berlaku tidak diketahui.

“Sebelah sana tu lagi cantik. Nama tempat tu Anjung Senja dan boleh kalau hendak tengok matahai terbenam. Gerai-gerai makan pun banyak. Ada pisang goreng cheese,” terang Azad Kamil bersungguh.Dia sendiri hairan kerana lancar berkata-kata dengan anak majikannya. Sedangkan selama ini dia amat segan dengan mereka yang bergelar kaum hawa tapi tidak termasuk emak, kakak dan adik perempuannya.

Ainun Khumaira hanya mendengarkan.

“Azad terangkan pun bukan Maira tahu. Ada masa nanti Azad belanja Maira,” katanya girang kerana dia sudah mempunyai seorang kawan yang boleh diajak berbual. Agaknya sudikah Azad Kamil membelanja pisang goreng cheese yang disebut tadi?

Dengan nada yang serius Ainun Khumaira berkata, “Azad,bolehkah bawa Maira ke satu tempat?”

“Boleh. Ke mana?”

“Maktab Sabah.”

Azad Kamil menepuk dahi. Nampaknya dia kena berpatah balik untuk pergi ke tempat Maira hendak pergi. Anak bos terpaksalah dia akur dengan permintaan Ainun Khumaira itu. Azad Kamil menekan minyak menuju ke destinasi seterusnya.

Thursday, January 8, 2015

BENGKEL PENULISAN NOVEL



Hai!... assalamualaikum. saya baru mendapat perkhabaran baru daripada Cikpuan Nor Liana Omar (peneraju bengkel ini & seorang yang berpengalaman melebihi 13 tahun dalam bidang penerbitan sebagai EDITOR). Kata beliau, jika peserta bengkel ramai ( 30 orang ke atas) beliau mahu menjemput beberapa orang yang HEBAT dalam bidang penulisan itu turut sama berkongsi ilmu & pengalaman mereka. saya rahsiakan dulu siapa "mereka" itu kerana mahu kumpul peserta dulu.

berminat... (sms/whasapp/call) saya NOOR ADEELIA (019-5054973)

*daftar diri anda SELEWAT2nya.... sebelum 12/01/2015. Yuran penyertaan hanya serendah RM 150/= (sijil + makan)


KLIK DI SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Tuesday, January 6, 2015

HANTAR MANUSKRIP ANDA

HANTAR MANUSKRIP ANDA KE TERFAKTAB

Hantar Manuskrip

Kami membuka ruang untuk anda menulis novel atau novela dengan apa-apa genre sekalipun termasuklah cinta, pulp, urban, thriller, pengembaraan dan sebagainya. Bebas.

Hantarkan manuskrip novel anda berupa penulisan penuh dalam bentuk Microsoft Word yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan.

Hantarkan manuskrip novela anda berupa penulisan penuh dalam bentuk Microsoft Word yang mengandungi 20,000 hingga 35,000 patah perkataan.

Bahasa Melayu kami ON. Bahasa Inggeris pun kami ON. Campur lagilah kami ON, apatah lagi dengan dialek negeri dan suku-kaum, memang kami ON. Bab bahasa kesat dan mencarut kami SO-SO (tak dimestikan).

Apa?
Anda bukan jenis menulis novel?

Usah risau, kerana kami juga menerima penulisan berbentuk antologi-himpunan atau koleksi cerpen. Jika anda dan rakan-rakan anda ingin bergabung tenaga menulis buku antologi cerpen atau anda mempunyai zine yang bagus untuk kami terbitkan menjadi buku.

Sila hantar 10 cerpen terbaik anda dengan jumlah patah perkataan sebanyak 20,000 patah perkataan.

Selamat menulis dan berkarya.


http://terfaktab.com/manuskrip/

SEMBANG PETANG

Petang-petang punya cerita.

Setiap petang adakalanya 2 atau 3 beg mesti di bawa ke pejabat dan pulang.
1. Sling Beg
2. Beg sikut isi laptop
3. Beg yang berisi buku-buku yang sepatutnya.

Jika orang melihat tentu akan berkata,"Banyaknya beg perempuan itu."

Hari ini melewati pintu hadapan untuk menuju ke parkir kereta ditegur oleh seorang wanita yang tidak dikenali, "Banyak jua begmu dayang?"

Tersengih sekejap.

"Awu, banyak." Angguk kepala lalu berlalu pergi.

Sebelum masuk ke rumah. Angkut 3 beg itu dan ditambah 2 plastik.

3 beg + plastik berisi 3 buah buku + plastik berisi bun dan roti.

Gagah nda gagah ka tu?

#versi brunei

Monday, January 5, 2015

JERUK KEDONDONG ASAMBOI

Projek jeruk kedondong la lagi.

Jika disuruh pilih mangga atau kedondong, rasaku nyaman plang lagi kedondong.

Tahankan kajap supaya masuk rasa.

Tais liur kan makan.

Bukan untuk dijual

\O_0/


p/s: Baru2 ini projek epal hijau asamboi dan rasanya pun sedap dimakan.

Friday, January 2, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Lupakan kenangan/perkara pahit-pahit yang berlaku di tahun 2014.

Semoga tahun 2015 memberi yang indah-indah untuk dikenang.

Teruskan cita-cita yang masih belum dicapai.



 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol